+60321813272 hi@qarez.com

Pusat Komuniti Taman Semarak

Sebarkan Kebaikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pada Ramadan 2016, Puan Asfalaila melalui platform Asfa Resources, memulakan inisiatif mengumpulkan sumbangan keperluan asas untuk golongan asnaf di Flat Taman Semarak. Hasil perkenalan dengan Puan Muzaliza yang membantu menghubungkannya dengan keluarga asnaf, satu demi satu masalah penduduk menangkap perhatian beliau.

Secara umumnya, penduduk di flat tersebut yang berpendapatan rendah, hidup dalam keadaan serba kekurangan. Rumah flat yang kecil dihuni ahli keluarga yang ramai, ada yang menghidap penyakit kronik, anak-anak OKU dan pelbagai lagi. Kebanyakan keluarga bergantung kepada mata pencarian suami yang majoritinya bekerja kilang.

Maka, Puan Asfalaila memulakan projek Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris untuk anak-anak di situ, dan Kelas Al-Quran untuk kaum ibu setiap Ahad. Memandangkan tiada premis tetap, beliau menggunakan ruang di masjid berhampiran atau di rumah salah seorang penduduk di situ. Kelas ini alhamdulillah dapat digerakkan secara berterusan melalui sumbangan kewangan oleh rakan-rakan Puan Asfalaila.

Pusat Komuniti Semarak

Selepas hampir setahun, Puan Muzaliza melorongkan peluang untuk membawa projek ini ke tahap seterusnya, iaitu dengan mewujudkan sebuah premis tetap Pusat Komuniti Semarak di sebuah unit flat yang ada. Kami percaya melalui Pusat Komuniti Semarak, ia bakal mengukuhkan lagi proses pembangunan modal insan penduduk di sini, melalui pelbagai aktiviti berorientasikan pendidikan, keusahawanan dan perkhidmatan. Kami percaya bahawa potensi yang ada di kalangan penduduk ini, jika digembleng dengan strategik, akan mengubah sosio-ekonomi untuk keluar daripada kemiskinan.

Fungsi Pusat Komuniti Semarak

Berikut adalah fungsi dan peranan Pusat Komuniti Semarak yang dirancang :

  • PUSAT TUISYEN yang membantu anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran dan menggilap kemahiran
  • PERPUSTAKAAN yang membuka pintu peluang buat anak-anak meneroka dunia pengetahuan tanpa sempadan
  • PUSAT AKTIVITI yang menganjurkan program-program membina kemahiran keibubapaan, kewangan, keusahawanan dan banyak lagi
  • STOR SUMBANGAN yang akan menyimpan barangan sumbangan dan aktiviti pengagihan, di samping Food Bank bagi memupuk solidariti penduduk
  • PUSAT KHIDMAT yang menyediakan keperluan internet untuk urusan-urusan penting penduduk.

 

 

Mengapa Projek Ini Penting?

Projek ini penting untuk dibantu sehingga berjaya, supaya ia dapat menjadi model yang boleh diimplementasi di tempat-tempat lain. Ia adalah projek bersifat jangka panjang dan mampu memberi impak yang berpanjangan, terutamanya buat generasi anak-anak yang bakal mengubah nasib keluarga. Pelaburan strategik sadaqatul jariyah (sedekah yang berpanjangan) buat bekalan tanpa putus di alam barzakh menuju syurga. InshaAllah.

Bagaimana Untuk Membantu Projek Ini?

Pilih jumlah sumbangan yang anda mahu salurkan setiap bulan bagi memastikan lebih ramai penduduk Taman Semarak dapat mengupayakan diri mereka.

Sumbang RM30 sebulan Sumbang RM50 sebulan Sumbang RM70 sebulan
Sebarkan Kebaikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

3 thoughts on “Pusat Komuniti Taman Semarak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *